Persediaan Mengajar
Tarikh | : 12 Oktober 2011 |
Masa | : 8.30 – 9.00 pagi (30 minit) |
Tahun | : 2 Utarid |
Bil Murid | : 30 Orang |
Mata Pelajaran | : Pendidikan Jasmani |
Tajuk Pelajaran | : Bola Sepak |
Kemahiran | : Menggelecek bola |
Pengetahuan sedia ada | : Murid-murid telah belajar menyepak dan mengawal bola |
Kaedah | : Demostrasi |
Objektif Pembelajaran
Di akhir pengajaran ini, murid-murid akan dapat menggelecek bola dalam bentuk zig-zag tanpa melakukan kesalahan.
Alat Bantu mengajar / Bahan Bantu Mengajar :
1. Bola
2. Wisel
3. Kayu hoki
4. Skitel
Langkah pengajaran
Perkembangan / Masa | Gerakerja | Pengelolaan | Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran | Alatan / Catatan |
Pendahuluan ( 3 minit ) | Memanaskan badan - Larian setempat | Beramai-ramai | Guru menyuruh murid berlari setempat dan membentuk kumpulan dalam barisan. Guru menasihatkan murid-murid supaya mengikut arahan. Guru menggunakan wisel apabila perlu. | Bola sepak & Wisel |
Latihan Kemahiran (10 minit ) | Tunjukcara: menggelecek bola menggunakan kayu hoki | Guru melakukan aktiviti menggelecek dan memberi penerangan | Murid-murid beratur ikut 5 barisan. Guru membuat tunjuk cara. Guru menggelecek bola dalam bentuk zig-zag melintasi barisan murid. Sambil memberi penerangan. Guru bertanya dan minta seorang murid melakukan menggelecek bola. | Bola sepak & Wisel |
Permainan kecil ( 15 minit ) | Menggelecek bola dengan kayu hoki | Aktiviti kumpulan -Menggelecek bola dengan kayu hoki | Murid dibahagikan mengikut kumpulan Pertandingan antara kumpulan- menggelecek bola dalam bentuk zig-zag | Bola Kayu hoki Skitel |
Penutup ( 2 minit ) | Menyejukkan badan -Tarik nafas | Beramai-ramai | Guru mengarah murid-murid menarik nafas, menahan nafas dan melepaskannya. Beratur dan balik ke kelas | Wisel |
No comments:
Post a Comment
Leave your comment here