WeLcOmE tO mY bLoG

MaRi BerSukaN

Friday 25 November 2011

Rancangan Pengajaran Harian


Persediaan Mengajar

Tarikh
: 12 Oktober 2011                                       
Masa
: 8.30 – 9.00 pagi (30 minit)
Tahun
: 2 Utarid
Bil Murid
: 30 Orang
Mata Pelajaran
: Pendidikan Jasmani
Tajuk Pelajaran
: Bola Sepak
Kemahiran
: Menggelecek bola
Pengetahuan sedia ada
: Murid-murid telah belajar menyepak dan mengawal bola
Kaedah
: Demostrasi

Objektif Pembelajaran

 Di akhir pengajaran ini, murid-murid akan dapat menggelecek bola dalam bentuk zig-zag tanpa melakukan kesalahan.

Alat Bantu mengajar / Bahan Bantu Mengajar :

1.      Bola
2.      Wisel
3.      Kayu hoki
4.      Skitel

Langkah pengajaran


Perkembangan
/ Masa

Gerakerja

Pengelolaan

Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran

Alatan /
Catatan


Pendahuluan
( 3 minit )

Memanaskan badan
- Larian setempat

Beramai-ramai

Guru menyuruh murid berlari setempat dan membentuk kumpulan dalam barisan.
Guru menasihatkan murid-murid supaya mengikut arahan.
Guru menggunakan wisel apabila perlu.


Bola sepak &
Wisel

Latihan Kemahiran
(10 minit )


Tunjukcara: menggelecek bola menggunakan kayu hoki

Guru melakukan aktiviti menggelecek dan memberi penerangan

Murid-murid beratur ikut 5 barisan. Guru membuat tunjuk cara.
Guru menggelecek bola dalam bentuk zig-zag melintasi barisan murid. Sambil memberi penerangan. Guru bertanya dan minta seorang murid melakukan menggelecek bola.


Bola sepak &
Wisel

Permainan kecil
( 15 minit )


Menggelecek bola dengan kayu hoki

Aktiviti kumpulan
-Menggelecek bola dengan kayu hoki


Murid dibahagikan mengikut kumpulan
Pertandingan antara kumpulan- menggelecek bola dalam bentuk zig-zag


Bola
Kayu hoki
Skitel

Penutup
( 2 minit )

Menyejukkan badan
-Tarik nafas

Beramai-ramai

Guru mengarah murid-murid menarik nafas, menahan nafas dan melepaskannya.
Beratur dan balik ke kelas


Wisel